like button

JUALAN MURAH 2016

Wednesday, March 23, 2011

ULASAN JURNAL

ULASAN KECELARUAN HIPERAKTIF KURANG UPAYA TUMPUAN (ADHD)


ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit & Hyperactive Disorder ataupun kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan. Manakala ADD iaitu Attention Deficit Disorder atau gangguan kurang tumpuan tanpa hiperaktif terutamanya jenis yang tidak memberi perhatian penuh dan mudah rasa terganggu. Ia merupakan subkategori kepada ADHD. Dikatakan lebih kurang 1 hingga 25 orang kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

Tanda-tanda kanak-kanak itu mempunyai ADHD ialah
dengan menunjukkan tingkahlaku yang hiperaktif, tempoh tumpuan yang singkat dan tingkahlaku impulsif. Terdapat satu kajian di Malaysia yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun dimana menunjukkan seramai 4.3% kanak-kanak mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkanya adalah kanak-kanak lelaki. tetapi, puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang terjadinya masalah tersebut. Kebiasaannya berlaku dibeberapa persekitaran, antaranya ialah di rumah, di sekolah atau di tempat awam.
Kanak-kanak ADHD boleh didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas dimana mereka akan mendapat faedah dari kelas yang lebih kecil kerana mudah untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka. Jurnal yang dipilih bertajuk “Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan” . Jurnal ini menerangkan tentang ciri-ciri ADHD, rawatan yang diberikan dan pemulihan kepada kecelaruan ini.

Terdapat 3 kategori, iaitu A, B, dan C. Kanak-kanak yang mempunyai ADHD akan menunjukkan lebih 6 gejala dari kategori A atau B. Kategori A ialah kanak-kanak yang mempunyai daya tumpuan yang singkat. Sekiranya mereka mempunyai lebih daripada 6 maka mereka boleh dikatakan mempunyai masalah ADHD. Antaranya ialah mempunyai masalah untuk mengingat, contohnya membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah ataupun aktiviti yang lain. Selain itu, mereka kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti seta selalu mengelak dan tidak suka melakukan sesuatu tugas dimana memerlukan tumpuan yang lama seperti membuat kerja sekolah mahupun kerja rumah. Kanak-kanak ini juga sering lupa dan mudah kehilangan barang seperti pensil, pemadan, buku atau tugasan rumah dan sebagainya. Daya tumpuan mereka cepat bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain walaupun seseorang itu sedang bercakap dengan mereka.

Bagi katerogi B pula, kanak-kanak ini mempunyai tingkahlaku yang hiperaktif iaitu kerap menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta selalu mengeliat dan tidak selesa di tempat duduknya sendiri. Mereka akan meninggalkan kerusinya di kelas walaupun tempat duduknya di situ. Kanak-kanak ini akan berlari serta memanjat secara berlebihan dan selalu bising pada waktu bermain. Selalunya, mereka ini banyak bercakap.
Kategori C pula ialah kanak-kanak yang menurut kata hati atau kanak-aknak impulsif. Ciri-ciri mereka menunjukkan mereka suka menjawab secara spontan walaupun soalan belum habis. Mereka seorang yang kurang kesabaran contohnya semasa menunggu giliran. Mereka akan mengganggu kanak-kanak yang lain semasa bermain atau bercakap.

Kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini, ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjadi disebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan semasa belajar.

Masalah ADHD ini adalah berkaitan dengan masalah sosial individu. Kanak-kanak yang kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya mereka sendiri. Kanak-kanak seperti ini juga berhadapan dengan masalah akademik. Perkara ini terjadi disebabkan mereka kurang memberi tumpuan didalam kelas dan mereka selalu bermain dengan tingkahlaku yang terlampau aktif. Selain itu juga, kanak-kanak ini berhadapan dengan masalah keluarga. Mereka kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan keadaan tegang. Ibu bapa sering menyalahkan diri mereka kerana tingkah laku anak-anak mereka. Bebanan untuk rasa bersalah ini boleh dikurangkan jika ibu bapa dapat memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Punca terjadinya ADHD tidak dapat dikenalpasti dengan tepat disebabkan terlalu banyak tafsiran dan kemungkinan. Tetapi, yang pastinya ADHD bukanlah berpunca disebabkan oleh perkara-perkara seperti menonton televisyen, alah pada makanan, gula yang berlebihan atau keadaan hidup yang miskin dan sekolah bertaraf rendah. Jadi, ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah kehadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya. Menurut kajian, hiperaktif atau hiperkinesis mungkin disebabkan oleh kecederaan minima pada otak iaitu akibat kemalangan atau semasa kelahiran. Tetapi, menurut Feingold, 1976 berkata, kanak-kanak menjadi hiperaktif kerana banyak memakan makanan yang mengandungi bahan awet atau pewarna tiruan yang berlebihan. Dan menurut pendapat sekeliling, hiperaktif adalah disebabkan oleh faktor baka seperti ‘epilepsy’. Konflik emosi ibu mengandung juga dikatakan puncanya berlakuunya hiperaktif.

Dengan membuat diagnosa yang lengkap, memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman. Memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti ini. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosa dilakukan dengan mengenal corak yang tertentu bagi tingkahlaku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkahlaku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD ini juga dapat dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan. Kebiasaanya, kanak-kanak ini diberikan sejenis ubat iaitu Methylphenidate (Ritalin) Ubat yang digunakan ini tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Tetapi, ubat ini dapat membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenan, dapat memberi perhatian yang sepenuhnya dan bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka keberkesanan ubat ini, tumpuan kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran denga baik dan mampu mengawal diri sendiri.

Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi pengambilan methyphenidate adalah mengganggu masa tidur kanak-kanak, hilang selera makan. Kesan sampingan seperti sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut adalah disebabkan dos ubat tersebut semakin luput. Jika kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Kanak-kanak tersebut mestilah berumur 6 tahun ke atas untuk pengambilan ubat ini. Pengambilan ubat dan kesan sampingan ini perlu dibawah pantauan pegawai perubatan. Ubat ini tidak memadai bagi rawatan ADHD kerana ia perlu diselitkan dengan program psikologi sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkahlaku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

Terdapat beberapa kaedah pemulihan kanak-kanak ADHD dapat dilakukan dengan mudah. Antaranya dengan memberi arahan satu persatu dengan jelas dan kanak-kanak perlu memberi perhatian terhadap arahan dan memahaminya. Selain itu, dengan memberi pujian, ia dapat menaikkan rasa harga diri kanak-kanak. Selain itu, guru boleh mewujudkan satu sistem iaitu Carta Bintang dengan memberi bintang kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. Seterusnya, membantu kanak-kanak itu untuk mengatur aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang boleh dilakukannya. Kanak-kanak digalakkan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu tindakan. Langkah berikutnya ialah membina semangat dan kelebihan kanak-kanak dan bukannya pada kelemahan mereka. Bagi kanak-kanak yang bermasalah, tempatkan kedudukan mereka dibaris hadapan kelas. Ini bagi memudahkan guru memberi lebih perhatian kepada mereka.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan ini memerlukan program rawatan yang tersendiri memandangkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Sebagai tambahan untuk proses merawat mereka, berikan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi makanan bagi mengurangkan keresahan mereka. Bagi guru, ibubapa dan penjaga, pertingkatkan ilmu bagi membantu memudahkan mereka memahami jiwa kanak-kanak. Dengan bantuan yang sewajarnya, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberikan mereka untuk kebebasan bergerak.

No comments:

Post a Comment

- anything :) -

weee! :)

poll 2.0

only u

Daisypath Anniversary tickers

~blogger walking n talking~