بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم   
 
Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan  wajib dikongsi bersama, kenapa dengan  keizinanNYA  air  penawar  boleh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan  hayatilah petikan dibawah:
Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Diantaranya :
Air  merupakan  salah  satu rahmat Allah SWT kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa  air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah SWT.
Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia  telah berkesempatan menghadiri satu seminar  mengenai  AIR  yang   mana  kebanyakan  peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam  kecuali 2 orang.
Penceramahnya  seorang  Profesor  yang  pakar  tentang  air  dari  Jepun. Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa  “slide” ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin  sekelian. Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air  (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa  bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa  seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak  begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan sebagainya)  rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu berkata  “banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa  molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan  sampel  yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor  itu  pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air  yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah  seperti  berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan    sinarannya  mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi  12 warna.
Lalu  profesor bertanya  “Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel  air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM  mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air  zam-zam”. Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas  dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air  zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini”   JawabPensyarah. Profesor  berkata  ”Saya  tak  tahu samada betul atau  tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air  zam-zam.”
Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga  dapat mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam  dewan itu mereka membuat “experiment”  bagaimanakah  yang  dikatakan  kata-kata dapat menpengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Semua  hadirin dikehendaki  membaca  sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.Lalu seorang  ”volunteer”  bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air   yang telah dibaca. Bila  ditunjukkan diskrin, nampak  molekul  air membentuk  seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut  yang buncit).
Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca  dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah    rupa  molekul  air  seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu  Ustaz  disuruh oleh Profesor membaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak  baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.  Subhanallah. ….  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini  marilahkita sama-sama mengambil iktibar  daripadanya.Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah :
“Jika  hendak air itu merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu  berwarna maka masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka  masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.  
 
 
MasyaAllah, cantiknya. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
weee! :)
- 
17/11/2013 MAKLUMAN...... SAYA DAH TAK BERAPA NAK GUNA SANGAT DIGI EASY ATAU SENANG CAKAP TAK GUNA LANGSUNG DAH DIGI SEKARANG NIE.. SO SEBAR...
- 
FAQ : SUPPLEMENT YANG ANDA AMBIL DAN AMALKAN. contoh: MAIXARA C SENTIAL, AURAWHITE 900 000MG, FERWHITE, PMCVC. Kenapa vitamin/supple...
- 
hahaha.. update again! upernya ak terjumpa segmen ramaikan follower paling latest ary nie! yes! bye2 10/2012 n hello 02/2013 ;) errr.... ...
- 
Bismillah. Assalamualaikum Gojes! Lama tak update blog.. Bz memanjang tapi sms pertanyaan tentang produk tetap open 24jam.hahahah! Dah masu...
- 
selamat pagi semua!!! arghhhhh. tersangat la pagi bagi ku!!! starting blog ak ary ni pasal private numberr... demmm! camner erk nk buat ...
- 
KEPADA YANG BERMINAT :: Ramai yang duk tanya pasal aura white nie. cust perempuan SOALAN : :: boleh amek aura white tak masa p...
- 
ASSALAMUALAIKUM~ UPDATE 13/5/2013 : SENARAI PRODUK DAN HARGA BULAN MEI ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment
- anything :) -